Tuesday, July 8, 2008

DURIAN tak berapa nak jadi

ASSALAMMUALAIKOM.

SELAMAT PAGI, apa KABAR? Tentunya HEBAT kan? terlebih dahulu moyang doakan agar anak cucu cicit moyang sentiasa di kurniakan Allah di dalam suasane sihat sejahtera setiap masa. Sebelum moyang terlupe, ribuan terima kasih moyang ucapkan kepada cucu-cucu moyang yang telah sudi membuat comment. Walau bagaimana pun moyang mintak maaf, kerana kebelakangan ni moyang tengah sibuk sikit, ala kan ape, tulung dema pecerah dusun, ade le empat lima pokok durian tu, tapi tak banyak buahnye, entah-entah tupai pun tak cukup. Nanti le, insyaallah, kalau musim sekali lagi sok jadi dan lebat buahnya, moyang akan publishkan kat sini, nak ajak anak cucu cicit moyang balik camping dalam dusun durian ni, ok? bulih kita kelah, masak ikan keli gulai tempoyak, makan tempoyak? Tak kot, ikan keli pun tak makan? Tak best le. Bila malam kita bulih buat round table, bulih sembang sampai ke pagi, sambil tu pekena putu cawan dan minum pulak kopi Lingzhi, fu la mak, sah bulih jaga nye. Tengah-tengah malam lak tu cita hantu mula keluar, malam lak tanpa bulan dan bintang, sesekali kilat memancarkan cahaye nye, angin bertiup sepoi-sepoi, bunyi cenkerik dan katak silih berganti, nun di kejauhan salakan anjing sayup-sayup kedengaran, eh, kemana pulak moyang nie, kelain pulak pegi nye, AKU KAN MOYANG.

Cita pasai putu ni, teringat moyang semasa moyang muda remaja dulu, semasa umur moyang sepuluh sebelas tahun, pangkat anak buah moyang memang pandai buat putu ni, lembut je, simpan sampai kepetang pun tetap lembut dan sedap. Moyang rajin juga tulong deme numbuk beras jadikan tepung, masa tu pakai lesung kaki, pernah tenguk rupa lesung kaki? Ketika itu orang besawah selalunya ada lesung kaki tu, musim menuai padi kita tumbuk padi jadi beras dengan lesung kaki, musim nak raya kita tumbuk kacang hijau jadi tepung buat kuih putu kacang. Sekarang ni bayang lesung tu pun moyang dah tak nampak, lesung ni deme buat dengan batang pokok nangka. Bila cita pasai lesung tu, baru moyang perasan, tengala pun dah tak de, tahu tenggala? Tenggala ni sejenis kayu juga, dia besegi-segi, ianya di tarik olih kerbau untk menghancurkan tanah selepas dibajak, untuk menanam padi. Dulu bendang tak pakai jentera pembajak, kita pakai bajak yang di tarik olih kerbau, lepas tu masuk kan air dalam petak bendang yang telah di bajak,kemudian baru di tenggala dah tengala semua baru tanam padi tu.

Masa zaman moyang bebudak dulu, masa belum masuk letrik dan pili air, kami mandi manda kat sungai, moyang ada dua sungai, kat belakang umah ada sungai cepias, kecik je, kat depan sana bawah lembah tu sungai perak, sungai perak ni tentunya luas, masa tu kalau moyang gi mandi manda kat sungai perak tu kami suka merandai ke seberang sana masa air cetek, masa tu selalu ada pulau pasir, ha masa tu mesti banyak remis, kami mesti kutip punya, buat rebus je, lepas tu ratah le, best gak. Hulu sungai perak tu ada empang, orang panggil empang cenderuh, ia berfungsi menjana kuasa hydro. Moyang pernah ikut abang moyang pegi ngail ikan kat empang tu, fu la mak gayat bebenor, bayangkan le tempat kami bediri ngail tu di atas flatform tngah-tengah sungai antara 20m atas air dan 20-30m benteng air di atas kepala, hui gayat, tambahan pula melihatkan putaran air yang menghambur keluar untuk menjana turbine tu. Tapi pada masa tu, memancing kat situ mermang best nya, dapat ikan kelas punya, tengalan, kerai, kelah sekor-sekor pun dua tiga kg gak, se sorang pun empat lima puluh kg gak le bawak balik, nak ngai kat situ dulu kena minta pas, kerana itu kawasan larangan. Ingat lagi, Almarhum sultan Yusoff dulu, suka tutup empang tu pada pagi hari keputeraan beliau, supaya air sungai perak tu kering di hilirnya, dan dilepaskan tuba di hulunya, ikan yang di hilir empan tu kepeningan, sepanjang sungai tu memaang telah penuh dengan rakyat jelata menangkap ikan yang mabuk tuba, best, jenuh orang dapat ikan.

Yang benornya sebelum moyang nak mula tadi, moyang pekena kopi lingzhi, tu lah pasalnya moyang bulih on lagi ni. Tapi tak pe, bila moyang free nanti kita jumpa, bulih pekena putu cawan n kopi lingzhi...

Jumpa ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN.

BUAH DURIAN TAK BERAPA NAK JADI...ANY

Assalamualaikum,

SELAMAT PAGI..
Terlebih dahulu moyang doakan agar kesemua anak cucu cicit moyang berada di dalam suasana sihat sejahtera dan HEBAT setiap masa dan ketika. Sebelum moyang terlupa, terlebih dahulu moyang ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada cucu-cucu moyang yang telah sudi memberi comment, terima kasih. Tetapi maaf le, kerana dua tiga minggu lepas moyang agak sibuk, tulung abang tebas dusun durian dia, ade le empat lima pokok, tapi buahnya tak banyak, kali ni tak berape nak jadi.. Nanti le kalau jadi buahnya di lain kali, moyang nak ajak anak cucu cicit moyang camping kat dusun ok?..Malam bulih kita sembang-sembang, sambil tu pekene putu cawan dan minum kopi lingzhi, fu la mak, bila dah tengah-tengah malam lak tu, cita hantu pun mula le, ndak lak masa tu tak ade bulan, sesekali kilat memancarkan cahaya, angin pula bertiup sepoi-sepoi, bunyi jenkerik dan katak silih berganti, nun di kejauhan terdengar pula salakan anjing yang mendayu-dayu, ah kemana pula moyang, kalau dah mula, melalut pule, itu le, AKU KAN MOYANG...

Cucu-cucu moyang suka makan putu cawan tu ye?, Moyang pun suka, tapi kalau kena lembut tu memang sedap, kalau tidak tak best, moyang selalu beli kat stall depan kedai FAMA kuale, kalau tak salah ada dua tuan, yang satu lembut dan satu kurang, mintak dia yang lembut nye, selalu dia punye habis dulu.

Cita pasal putu ni, ade anak buah moyang yang pandai buat nye, lembut je, masa tu moyang masih mude remaje lagi, ye le, dalam 10-11 tahun, moyang selalu juga tulung dia tumbuk beras nya, masa tu pakai lesung kaki, tahu ke lesung kaki? Kalau berasal dari kampung moyang rasa cucu-cucu tahu. Lesung tu dulu banyak gunanya, musim menuai padi, kita menumbuk padi, musim nak beraya, kita menumbuk kacang hijau untuk buat putu kacang, sekarang ni bayang lesung tu pun moyang dah tak nampak, dulu orang buat lesung tu menggunakan kayu pokok nangka..

Pasal nak minum dan besembang ngan moyang tu no problem, tapi wat masa ni, tu le moyang sibuk sikit, bila senang nanti moyang posting kat sini..Best juga ni,ada juga cucu cicit moyang yang sudi nak jumpa ngan moyang, bulih le pekena putu cawan ngan kopi lingzhi...

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN...

Sunday, June 15, 2008

HEBAT - KUALA KANGSAR RESEARCH CHALLANGE 2008.

Assalammualaikum,
SELAMAT PAGI, apa kabar?, HEBAT tentunya.

Cuaca hari ini pun HEBAT, moyang juga HEBAT, Allhamdulillah, sehari dua ni moyang tetap HEBAT.. Laman ini moyang wujudkan bukannya untuk apa, saje-saje je, kot-kot bulih moyang tumpang berinteraksi dengan anak cucu cicit moyang yang berada nun jauh di perantauan, tak kira le di mane, mungkin di seluruh pelusuk dunia, yang dah lama tak balik kampung.

Ada yang tak nak balik kampung kerana merajuk, ada yang saja-saja tak gemor balik, atau macam-macam alasan akan di berikan kerana tak nak balik kampung, mane nak buatnya kalau dah tak endak, ia tak? Tak pe, tak nak balik pun tak pe, minyak pun dah mahal, tapi Raya nanti jangan tak balik lak, rugi le, tak ade orang nak tulung bakor lemang, lemang jagung best oiii. Maaf le ye, moyang saje suka berceloteh, lagi pun moyang tengah free nie. Yang sebenornya, zaman moyang dulu tak ade kemudahan changgih sebegini, tak ada laman-laman maya nie, sekarang ni allhamdulillah, semuanya canggih, so izinkanlah moyang tumpang sekaki, ok!. AKU KAN MOYANG..

Dah terlanjor moyang bersembang ni, ingin moyang mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan HEBAT dan tahniah kepada pihak penganjur dan urusetia, "KUALA KANGSAR RESEARCH CHALLANGE 2008" anjuran FACULTY OF HOSPITALITY AND TOURISM. dari 04-06, June, 2008, para peserta telah berkampung di kediaman Encik Abd. Aziz Ishak, Kota Lama Kiri, Kuala Kangar. Walaupun tak lama mereka berkampung di kampung ni, moyang dapat merasakan keceriaan dan kemeriahan nya, moyang juga rasa berbesar hati kerana sudinya para peserta tersebut meramaikan surau untuk berjemaah, terima kasih moyang ucapkan. Apa yang moyang harapkan, kalau ada apa-apa programme sebegini dilain kali, bawalah ianya ke kampung ini.

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN.

Friday, June 13, 2008

Assalammualaikum, apa kabar anak cucu cicit moyang? HEBAT tentunya. Kota Lama Kiri juga HEBAT ketika ini. Mestilah HEBAT, Ketua Kampung baru, bangunan baru yang tersergam indah tu pun dah hampir siap, tak lama lagi bulih di gunakan dan ianya juga pasti akan menjadi mercutanda Kota Lama Kiri Hulu. Syabas dan tahniah moyang ucapkan kepada Ustaz Jamaluddin dan anak cucu cicit moyang yang lain nya.

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN.

Saturday, June 7, 2008

TAHNIAH

Terlebih dahulu moyang nak ucapkan tahniah kepada anak cucu cicit moyang yang telah terpilih menjadi ketua kampung untuk penggal ini, syabas dan tahniah sekali lagi. Tahniah juga ingin moyang ucapkan pada anak cucu moyang yang telah berjaya mendirikan sebuah bangunan yang tesergam indah, nampaknya dah hampir siap, tak lama lagi bulih le beroperasi, dengar kabar nak di jadikan pusat penyampian ilmu pengetahuan, dunia mahu pun akhirat, allhamdulillah..... sekali lagi tahniah dan syabas moyang ucapkan, mudah-mudahan segala usaha murni anak cucu cicit moyang akan diberkati dan dirahmati Allah.

Tak lupa juga ucapan Tahniah pada anak cucu cicit moyang yang telah berjaya mengaktifkan pusat PKR cawangan Kota Lama Kiri Hulu, hebat cik Ja dan Encik Ahmad Fauzi kita. Memang nampak meriah Kota Lama Kiri Hulu le ni. Seronok moyang tengguk anak cucu cicit moyang berjaya.

Orang macam moyang ni dah tak di perlukan lagi kat Kota Lama Kiri Hulu ni, yalah dah jadi quran buruk. Tambah-tanbah pada orang UMNO Kota Lama Kiri Hulu ni, buat tak nampak je. Orang PAS dan PKR lagi le, kita bukan ahli mereka. Tapi tak pe , itu semua tiada jadi masaalah  pada moyang, apa yang moyang harapkan kepada anak cucu cicit moyang yang berjaya dan berkuasa tu, jalankan lah tanggung jawab dengan iklas dan didikasi, mudah-mudahan kampung Kota Lama Kiri Hulu ini akan membangun dan maju seperti kampung-kampung lain yang lebih maju.....

JUMPA ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN......

Saturday, May 31, 2008

KOTA LAMA KIRI DI SUATU KETIKA

KOTA LAMA KIRI ini terletak menghala ke Selatan dari bandar di Raja Kuala Kangsar.
Jalan lama ke Ipoh, tanpa menyeberangi jambatan Sultan Abdul Jalil, lebih popular lagi 
dengan panggilan jambatan Sayong, ianya terletak di antara simpang penaga dan jambatan Iskandar.

Dulu bila sebut je Kota Lama Kiri, ramai orang dah tahu, ianya amat terkenal, mana tidaknya, dari kampung inilah lahirnya ramai cendikiawan dan ilmuan yang pernah menjadi pentadbir serta pegawai tinggi dalam pentadbiran kerajaan.

Ingin moyang catitkan di sini nama-nama mereka yang telah berjaya dari segi akademik
mahupun kerjaya, yang masih hidup maupun yang telah meninggal dunia.

mereka yang telah berjaya mengharumkan nama kampung ini terlalu ramai untuk di
catitkan semuanya, tetapi tak pe, moyang catitkan mana-mana nama yang terlintas
diingatan moyang dulu. Yang tak de tu maaflah ye, jangan pula cucu cicit moyang berkecil hati lak.

Mereka-mereka ini terdiri dari:

Tuan Hj. Saaya (bekas Mufti Negeri Perak)
Encik Ismail hj. Marzuki.
Encik Ishak Hj. Marzuki.
Datuk Dr. Ariffin Hj. Marzuki (Bekas Naib Censellor pertama UKM)
Encik Zulkifli Hj. Mohamad (Bekas Naib President Parti Islam Malaysia)
Datuk Abdullah Hj. Mohamad (Bekas Duta Malaysia ke luar Negara)
Tun Mohamed Suffian bin Hj. Mohamed Hashim 
Encik Yang Amri Hj. Tumin
Encik Nawawi Hj. Tumin
Encik Megat Nordin bin Megat Yunus (Bekas Setia Usaha LLN)
Encik Megat Sufian bin Megat Yunus (Bekas Proffessor Madya UTM)
Datuk Mohd. Yunus Mohd. Nor (Bekas Proffessor dan Pakar Motivasi)
Encik Zulkifli bin hj. Abd Aziz (Bekas Ketua Pengarah Muzium dan Antikuiti Negara Malaysia)

Ramai lagi yang hendak Moyang catitkan, nantilah bila-bila ada masa nanti akan moyang usahakan, tetapi sebelum tu moyang ingin memohon maaf kiranya apa yang telah moyang catitkan di sini tidak menepati apa yang sepatutnya, sama ada dari segi ejaan nama dan bin, mau pun taraf dan pangkat.....

Mengenangkan ini Moyang rasa sedih juga, kerana ada diantara mereka yang Moyang sebutkan di sini ada yang telah kembali kerahmatullah, di sini juga tak lupa Moyang sedekahkan Alfatihah buat mereka. Mana tak sedihnya, ada diantara mereka tu rapat juga dengan Moyang, yalah, pegi nyala dan ngaai ikan kat sungai Perak dan sungai cepias sama-sama le katakan.

Bukan apa, Moyang tiba-tiba teringat kisah zaman silam yang gemilang di kampung ini, zaman pelita minyak tanah, zaman mandi sungai dan telaga. Cucu cicit Moyang mana pernah rasa tu semua, usahkan itu, balik kampung pun tak berapa nak, kan?......... Tu le Moyang tengguk sedih jugak, Moyang nampak banyak rumah-rumah yang dulunya berdiri megah dan ceria, kini telah tinggal menyepi dan usang, ada sesetengah nya telah hampir runtuh, hanya menunggu masa untuk rebah menyembah bumi.........